Wednesday, September 24, 2008

bapak koko dah beli arowana high back golden

nampaknya kelab aku bertambah ahlinya. bapak koko pulaktu. rm650 terbang kerana kelisa. walaupun aku punya hanya kelisa kuning je., tapi aku tetap gembira kerana dah semakin besar dan sihat serta gemuk. manataknnya makan ulat roti.kalau aku berjaya bela yellow tail, aku cadang nak ambik golden. tunggu dan lihatlah nanti. manalah tempat untuk aku dapat arowana yang baik ,cantik dan murah seperti cross back golden dan chili red, ooo dimana nak cari kekawan

Sunday, August 24, 2008

jelawatku sudah mati


pada 24/8/2008 kelisa baru ku sampai. seronoknnya. tiap2 hari ku beri makan ulat roti. kelisa kuningje. aku beli rm 80.00 je. aku harap hidup sentiasa......Tiba2 aku terima sms dari org medan jelawat yang ku beri tu dah mati. nasib2. aku bela jelawat dari kecil hingga besar. akhirnya mati di seri medan kesian2. dah nasib kaulah kawan. aku tak tahu apa nasib kau bila bela ikan je , ikan mati, mungkin kau kena mandi bunga. aku bela ikan kelisa kecil dgn 10 ekor ikan lain yg besar tapi hidupje. mungkin kau kena tukar aquarium kabinet macam aku.gunalah tapis bawahje. tak mainlah tapis tepi.mungkin juga aquarium aku berharga rm2000. tentulah high class. banding dengan aquarium rm 100 je mana ada kelas.

Monday, August 11, 2008

bangunlah 4cekap(2008)


Hari saling berganti siang dan malam. Nape dirimu masih lena dibuai mimpi. Masa sentiasa meninggalkan dirimu.Bangunlah wahai muridku.Adakah kamu masih dibuai mimpi yang penuh fantasi. Bangunlah wahai muridku. Nape dirimu masih lagi lena, sedangkan masa tidak menunggu mu.

Jangan kau anggap hari masih siang lagi , malam tidak akan tiba. Ingat masa tidak akan menunggumu. Bangkitlah anak muridku.

Aku tahu kamu mampu melakukan kejutan. Tapi kamu masih dibuai mimpi. Janganlah kamu menghampakan gurumu, sedangkan kamu mampu melakukan kejutan, kerana dirimu yang mampu mengubahnya. ingat mimpi tu hanya fantasi sahaja. Hanya usaha, doa dan tawakal membawa kejayaan. Tanpanya rebahlah kamu dibumi ALLAH

Sunday, August 10, 2008

1gigih(2008)


kadang2 tersasul bila sebut nama student 1 gigih dgn 1efesen. wajah mereka hampir serupa. dua2 kelas ada standard tersendiri. Kedua2 kelas seronok belajar komputer. . Bila lebihkan 1efesen , 1 gigih cemburu.. Ada yg jawab tak cemburu cuma jealous.. hari ni rasa nak demam. pening kepala. seram sejuk badan. tapi yang penting hati gembira tgk gelagat 1 gigih.. kerja tugasan jadual 1 dah siap lum . sila hantar ke fadhillina@gmail.com. .Yang dah siaptu tolong2lah kawan. Yang penting kerjasama. Kalau tak faham tanya lah cikgu. datanglah ke meja cikgu., Jangan diam membisu ,cikgu bukannya garang.Tak makan orang, tapi kalau dah marah patah kerusi sekolah nanti.

Bagaimana cara nak buat pelajar 1 gigih & 1 efisen senyap seperti bayi sedang tidur

Friday, August 8, 2008

sedih







8/8/08 tarikh keramat bagi rumah ku. anak perempuan kesayangan ku balik pada pukul 8.30mlm. terus dia bertanya mana ikan kalui ku. aku hanya diam membisu. isteriku juga bertanya. sedih rasanya , tiap-tiap hari aku dan keluarga ku menatap wajah kalui , jelawat dan sepat ku. tapi mlm tu ,tinggal kenangan sahaja. aku termenung sejenak , kenapa aku sanggup membiarkan dia pergi.sedangkan aku amat sayang padanya. kalui oh kalui.....................? adakah aku kejam.Aku hanya membisu sehingga azan subuh kedengaran.

Thursday, August 7, 2008

kalui oh kalui berpisah jugalah kita


jumaat 8/8/08 jam 4 ptg. kawan ku datang kerumah dengan 2 baldi , semata2 untuk mengambil kalui kesayangan ku. kalui ku itu akan dibawa ke kawasan seri medan . kalau dibandar hidupnya mewah. rumah nya besar berkabinet lagi. Tiap2 hari makan dedak berkhasiat, kadang diberi udang, ikan guppy dan ulat roti. Apalah nasib kau bila tinggal di seri medan nanti..aku harap tuan yg menjaga kau sama seperti aku. semoga kau bahagia bersama tuan mu yg baru. aku selalu berharap kau sihat . gemuk dan bertambah besar serta sihat

Wednesday, August 6, 2008

pening2




pening2. harapkan kawan , kawan buat kita pening. tulah percaya pada kawan.sakit hati ada. geram ada . nasib baik hanya buat kabinet aquarium. kata pandai buat segala2nya. duit dah dilaborkan, tapi hasil kerja hangus. malu pun ada. tulah lain kali jangan percaya pada kawan baru. masa belum buat semua boleh, kalau tak boleh buat kata lah tidak. hai geram2.tulah nasib sebuah aquarium yang tak sempurna. kalau buat rumah macamana pula. kena pula pada kontaktor atas angin. hangus-hangus. tulah caya pada kawan.
Mana cantik rumah, ke aquarium ikan mas tu? tentulah blander tu