Sunday, August 24, 2008

jelawatku sudah mati


pada 24/8/2008 kelisa baru ku sampai. seronoknnya. tiap2 hari ku beri makan ulat roti. kelisa kuningje. aku beli rm 80.00 je. aku harap hidup sentiasa......Tiba2 aku terima sms dari org medan jelawat yang ku beri tu dah mati. nasib2. aku bela jelawat dari kecil hingga besar. akhirnya mati di seri medan kesian2. dah nasib kaulah kawan. aku tak tahu apa nasib kau bila bela ikan je , ikan mati, mungkin kau kena mandi bunga. aku bela ikan kelisa kecil dgn 10 ekor ikan lain yg besar tapi hidupje. mungkin kau kena tukar aquarium kabinet macam aku.gunalah tapis bawahje. tak mainlah tapis tepi.mungkin juga aquarium aku berharga rm2000. tentulah high class. banding dengan aquarium rm 100 je mana ada kelas.

Monday, August 11, 2008

bangunlah 4cekap(2008)


Hari saling berganti siang dan malam. Nape dirimu masih lena dibuai mimpi. Masa sentiasa meninggalkan dirimu.Bangunlah wahai muridku.Adakah kamu masih dibuai mimpi yang penuh fantasi. Bangunlah wahai muridku. Nape dirimu masih lagi lena, sedangkan masa tidak menunggu mu.

Jangan kau anggap hari masih siang lagi , malam tidak akan tiba. Ingat masa tidak akan menunggumu. Bangkitlah anak muridku.

Aku tahu kamu mampu melakukan kejutan. Tapi kamu masih dibuai mimpi. Janganlah kamu menghampakan gurumu, sedangkan kamu mampu melakukan kejutan, kerana dirimu yang mampu mengubahnya. ingat mimpi tu hanya fantasi sahaja. Hanya usaha, doa dan tawakal membawa kejayaan. Tanpanya rebahlah kamu dibumi ALLAH

Sunday, August 10, 2008

1gigih(2008)


kadang2 tersasul bila sebut nama student 1 gigih dgn 1efesen. wajah mereka hampir serupa. dua2 kelas ada standard tersendiri. Kedua2 kelas seronok belajar komputer. . Bila lebihkan 1efesen , 1 gigih cemburu.. Ada yg jawab tak cemburu cuma jealous.. hari ni rasa nak demam. pening kepala. seram sejuk badan. tapi yang penting hati gembira tgk gelagat 1 gigih.. kerja tugasan jadual 1 dah siap lum . sila hantar ke fadhillina@gmail.com. .Yang dah siaptu tolong2lah kawan. Yang penting kerjasama. Kalau tak faham tanya lah cikgu. datanglah ke meja cikgu., Jangan diam membisu ,cikgu bukannya garang.Tak makan orang, tapi kalau dah marah patah kerusi sekolah nanti.

Bagaimana cara nak buat pelajar 1 gigih & 1 efisen senyap seperti bayi sedang tidur

Friday, August 8, 2008

sedih







8/8/08 tarikh keramat bagi rumah ku. anak perempuan kesayangan ku balik pada pukul 8.30mlm. terus dia bertanya mana ikan kalui ku. aku hanya diam membisu. isteriku juga bertanya. sedih rasanya , tiap-tiap hari aku dan keluarga ku menatap wajah kalui , jelawat dan sepat ku. tapi mlm tu ,tinggal kenangan sahaja. aku termenung sejenak , kenapa aku sanggup membiarkan dia pergi.sedangkan aku amat sayang padanya. kalui oh kalui.....................? adakah aku kejam.Aku hanya membisu sehingga azan subuh kedengaran.

Thursday, August 7, 2008

kalui oh kalui berpisah jugalah kita


jumaat 8/8/08 jam 4 ptg. kawan ku datang kerumah dengan 2 baldi , semata2 untuk mengambil kalui kesayangan ku. kalui ku itu akan dibawa ke kawasan seri medan . kalau dibandar hidupnya mewah. rumah nya besar berkabinet lagi. Tiap2 hari makan dedak berkhasiat, kadang diberi udang, ikan guppy dan ulat roti. Apalah nasib kau bila tinggal di seri medan nanti..aku harap tuan yg menjaga kau sama seperti aku. semoga kau bahagia bersama tuan mu yg baru. aku selalu berharap kau sihat . gemuk dan bertambah besar serta sihat

Wednesday, August 6, 2008

pening2




pening2. harapkan kawan , kawan buat kita pening. tulah percaya pada kawan.sakit hati ada. geram ada . nasib baik hanya buat kabinet aquarium. kata pandai buat segala2nya. duit dah dilaborkan, tapi hasil kerja hangus. malu pun ada. tulah lain kali jangan percaya pada kawan baru. masa belum buat semua boleh, kalau tak boleh buat kata lah tidak. hai geram2.tulah nasib sebuah aquarium yang tak sempurna. kalau buat rumah macamana pula. kena pula pada kontaktor atas angin. hangus-hangus. tulah caya pada kawan.
Mana cantik rumah, ke aquarium ikan mas tu? tentulah blander tu


Tuesday, August 5, 2008

BILA NAK GI PANCING HARUAN DI SERI MEDAN


OOO bila nak berkonvoi di gateri seri medan , org kata byk haruan di sana,

.. .... kalau pancing bawalah katak tiruan jgn guna katak betul. takdeke budak 4 tekun yang berminat. bolehlah kita berkhemah disana. .Pendaftaran percuma. takde bayaran siap sponsor makan lagi. tempat terhad. cepat-cepat nanti dah penuh baru tahu....................... tapi bila dapat ikan semuanya kena kasi cikgu

APA YANG PENTING KERJA SAMA(4TEKUN2008)


INILAH KISAH PELAJAR 4 TEKUN., BUDAKNYA RAJIN , TAAT PADA GURU. BILA CIKGU KATA, APA YG PENTING, MEREKA JAWAB KERJASAMA


MACAM TAK PERCAYA BILA MULA2 BERTEMU. BOLEH CAYA KE PADA 4 TEKUN. TAK SANGKA MEREKA PENUH DENGAN KERJASAMA.


TAK SANGKA JUGA RAJIN JUGA MEREKA . DIKELAS DIAM MEMBISU TAK MACAM KELAS LAIN. UJIAN YANG LEPAS ADA YANG LULUS. TAPI APA YANG PENTING, KERSAMA????????????????????

Monday, August 4, 2008

1efisien2008


bdk2 efisein garang2 belaka tapi bab komputer no 1. Di kelas antara lelaki dan perempuan takde kompromi. saya hanya lihat apa yang berlaku. Budak perempuan tak takut pada budak lelaki, maklumlah bilangan nya ramai 1:4. kasihan budak lelaki asyik diherdik je. Apa boleh buat dah nasib. tapi saya lihat ada seorg budak lelaki yg rajin , cepat siap tugasan.??????????????. patutkah budak perempuan garang sangat. berilah sikit can pada kaum L.

kadang 2tu saya hanya senyum melihat telatah mereka , namun nasib baik dirumah ada kelisa.
Cuba lihat baby tu cun juga .Mungkin waktu kecil tu serupa dengan bdk2 1 efesein. ya ke

geram aku


patutke aku melepaskan kaloi sabah aku yg besar demi seekor kelisa. patutkah aku menjual jelawat aku pada org seri medan. oooi tak adil , demi kelisa aku sanggup jual kaloi dan jelawat . aku dah bela dari kecil hingga dah besar. ooi geram nya

cantik arowana ini


wau cantiknya . testing je dari google. siang dan malam asyik ingat arowana je

hobi

aku suka membela ikan daripada kaloi sabah, jelawat, puyu, sepat , sebarau ,lampang,kelah . oh seronoknya . dah tiga kali aku tukar aquarium. aquarium yang paling mahal ialah 4"" 2"" . oh rm 500 siap kabinet. ikan yg aku bela semuanya hidup2 belaka.seronoknnya, bila aku nak bela arowana. boleh hidupke. belum cuba belum tahu. ooo kalau ada pertua2. kongsi2lah